Ahad, 10 Januari 2016

‘Delicious Sushi’


Hai semua… Hari ini kami ingin memperkenalkan lagi satu permainan yang menarik untuk kanak-kanak…Jom singgah di blog ‘Pretty Toys Shop’ kami…

Permainan ‘Delicious Sushi’ ini sangat menarik untuk kanak-kanak yang berumur 3 tahun ke atas..  ’Delicious Sushi’ ini direka khas untuk kanak-kanak supaya mereka boleh berfikiran kreatif.




'Delicious Sushi' adalah permainan yang membolehkan kanak-kanak berfikiran kreatif.. Kanak-kanak yang bermain permainan 'Delicious Sushi' ini perlulah di bawah bimbingan ibu bapa, guru atau orang dewasa... Permainan ini dapat meningkatkan perkembangan holistik kanak-kanak..Antaranya ialah:  

Perkembangan kognitif kanak-kanak akan berkembang semasa mereka melakukan aktiviti ini..Contohnya kanak-kanak itu berfikir cara untuk membuat bentuk udang.

Perkembangan kedua ialah perkembangan bahasa kanak-kanak. Semasa bermain permainan 'Delicious Sushi' ini, Kanak-kanak akan berkomunikasi dengan rakan-rakan, guru atau ibu bapa...Sebagai contoh, mereka akan menyebut udang, kuning dan sebagainya.

Selain itu juga, dapat meningkatkan perkembangan psikomotor kanak-kanak iaitu motor halus mereka. Apabila kanak-kanak tersebut membuat sushi, kanak-kanak tersebut menggunakan jari jemari dan koordinasi mata mereka untuk menguli playdoh dan tekapkan pada acuan yang telah disediakan.

Perkembangan keempat ialah perkembangan emosi kanak-kanak. apabila kanak-kanak tersebut melihat permainan ini, mereka akan merasa gembira kerana permainan ini mempunyai pelbagai warna yang menarik perhatian mereka...Mereka juga tidak sabar untuk bermain permainan ini.




Di dalam kotak ini, kami telah menyediakan acuan untuk membuat sushi, dan 'playdoh' dengan pelbagai warna


 Contoh gambar sushi yang telah siap


eh  eh..tengok ni...seronoknya adik ira main permainan 'Delicious Sushi' ni..
  

Harga 'Delicious Sushi' : RM15 (Harga termasuk postage)



Untuk Tempahan Sila Hubungi:
0149012719
@
Whatsapp
0195133424


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Pretty Toys Shop Template by Ipietoon Cute Blog Design